22 March 2013

DeMam pAnAs a.k.a overwrapped

Seronoknya bila Qhalif dah berada di rumah..dia anak yang baik..dia akan menangis bila diletak dan hanya diam dan terus tertidur dengan lenanya bila dipangku (rupa2nya itu petanda dia hendak 'pergi'.....bila dikenang, dia bagi mami dan daddy peluang untuk peluk dan belai dia sebelum dia 'pergi' jauh....)
 
Hari Jumaat 8 Feb, badan Qhalif macam panas mulai petang..mami ajak daddy pergi ke ER petang tu tapi nenek cakap "...takde pe tu,budak memang macamtu sebab pagi tadi dia baru kena cucuk BCG tu.."..tapi mulai maghrib sampai ke tengah malam, Qhalif non stop nangis,even dipeluk pun,dia masih menangis..menyusu pun tak nak..
 
Jam 12 tghmalam, mami paksa daddy bawak Qhalif ke ER...mami dah tak peduli sakit mami, yang penting Qhalif..lepas daftar, nurse cek temp 39.1 °C ,kena refer doc..mami bawak Qhalif dan kena interview oleh doc..pastu kena tunggu sebalik tirai sementara doc cek Qhalif..rupa2nya doc nak ambil darah,apa lagi menjerit bagai nak rak la Qhalif...mami rasa macam nak je terjah masuk dan ambil Qhalif bawa balik...tak sampai hati mami dengar,macam sakit sangat2..sampai sayup2 tangis tu,dah hilang suara...yela,lebam kat tangan dan kaki pn tak hilang lagi,dah nak kena cucuk lagi..tapi memikirkan kesihatan Qhalif 1st priority, mami tahan je perasaan kat sebalik tirai langsir tu sambil mundar mandir berselawat tenangkan perasaan...
 
selepas sejam, baru nurse panggil..bgtau Qhalif punya temperature dah back to normal..mungkin overwrapped (maksudnya banyak lapisan kain membaluti tubuh anak sehingga suhu badan dia meningkat)..Alhamdulillah syukur...tapi..doc bagitau,Qhalif kena admit NICU untuk observation 4 1 nite..reasonnya,jika sepanjang obsv tu temperature dia stabil,so dia boleh discaj (hopefully)...kalo temp dia turun naik dan menunjukkan demam, dia kena tahan lagi dan perlu diambil darah...tu yang mami takut sangat2...dalam hati tak putus2 berdo'a,moga dia ok..Qhalif anak yang baik...dia mesti sembuh..
 
Subuh2 3 a.m Sabtu 9 Feb, Qhalif admitted NICU dengan mami..daddy kena balik ambil barang2 Qhalif dan mami..bila kat kaunter NICU, mami informed doc yang bertugas tentang condition Qhalif dan tak lupa tangan kanan dia yang tak aktif..seolah2 terkulai..doc test dan cakap ok..mami diam lagi (dalam hati, ok ke tangan kanan tu tak respon?)bermulalah episod tak cukup tidur...mami tak berpeluang untuk buat apa pun..even nak ke tandas pun terpaksa mintak nurse tengok dia kejap..makan minum even tidur pun, mami tidur duduk..tidur ke?rasanya pejam mata je..makan ke?tak pun sbb bila Qhalif dalam ribaan,mami tak boleh gerak langsung,dia akan jaga dan menangis..huhu..kalo letak dia apatah lagi..letak dalam bekas pun bila doc datang check up dia..dan yang buat mami lega sikit, suhu badan dia normal bila setiap kali doc buat rondaan dan obsverved...
 
Mami juga ada maklumkan doc, lepas menyusu dia muntah..nak tahu doc jawab pe?...muntah plak..bukan muntah kot,muak je kot tu..apakah..takkan la mami tak bole beza muntah dan muak..took for granted betul la doc ni..dia anggap seolah2 kita ni mengada2..dia pantau untuk demam je..bukan nak tengok perkara lain..lepas doc cakap macamtu,mami pun diam je...ambil Qhalif dan terus peluk..malam tu jugak mami menangis dalam diam..'nape nak?anak nak bagitau mami apa ni?Ya Allah sembuhkanlah anakku..apakah petanda ni?nape anak nangis je ni?'..tik tok tik tok, masa berlalu begitu sahaja...
 
Akhirnya, lebih kurang pukul 1 a.m, after last check up,temp Qhalif maintain normal..alhamdulillah..doc maklumkan pada nurse untuk siapkan semua dokumen untuk discaj..pagi nanti bole keluar...akhirnya,dady datang jemput pukul 9am setelah siap semua.doc pesan jangan balut anak banyak sangat kain,cukup baju dan bedong je..Ok doc,noted...

Alhamdulillah, home sweet home again..bila dah balik rumah,baru la mami rasa lapar dan sakit..bidan yang datang urut, cek jahitan mami..dia cakap ada bengkak sikit dan nasihat,jangan banyak bergerak dah...mami senyum je (anakku sakit takkan ayah dia plak nak kena duduk dalam NICU tu..)..apa yang penting Qhalif dah sihat dan balik rumah...

4 comments:

  1. Tabahnya hatimu wahai ibu...

    ReplyDelete
  2. Sedih baca . Walaupun tak kenal akak , tapi sy dpt rase perasaan akak :(

    ReplyDelete
  3. tabahnya hatimu wahai ibu... biarpun dugaan ini besar untuk dihadapi... yaya menangis baca entry akak pasal arwah... sebab yaya juga seorang ibu yang baru je melahirkan anak sulung.. masih lagi dalam pantang.. n baru je 2minggu umur anak yaya..='( yaya doakan semoga arwah qhalif tenang dan aman di sana...amin ya rabb..=)

    ReplyDelete
  4. Moga awak kuat dalam mgharungi ujianNYA ini..

    ReplyDelete