28 March 2013

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Mami dan daddy menghabiskan masa bersama Qhalif pada waktu melawat...Tiada apa yang mami boleh buat melainkan tidak putus2 memanjatkan do'a agar semua ini hanyalah sementara..Nurse dan doc terus memantau dan sentiasa bersama Qhalif..

Setelah habis waktu melawat pukul 2, mami daddy pulang untuk makan dan daddy perlu solat..semasa otw pulang, pihak hospital telefon meminta mami dan daddy datang segera..hati mami bergelora semula..daddy terus membuat u-turn dan segera ke hospital..

Ditakdirkan Allah, sewaktu hujan mulai turun, mami dan dady terlibat dalam kemalangan sewaktu susur keluar ke Lebuh Sentosa menuju Jambatan Seri Saujana..kereta daddy telah melanggar sebuah kereta yang berhenti di susur keluar tersebut..menyirap darah mami,mujur mami dan dady tidak cedera cuma bimbangkan keadaan mami yang masih di dalam berpantang..Aduhai, berat sungguh dugaanMu Tuhan... 

Setelah diselesaikan secara baik dalam tempoh 10 minit, mami daddy meneruskan perjalanan ke hospital dengan perlahan dalam keadaan kereta yang kemek..akhirnya sampai juga dan mami melupakan semua kesakitan dan terus ke NICU..daddy terus ke Balai Polis berdekatan untuk melaporkan kemalangan tadi..


Doc menerangkan mereka memerlukan tandatangan kebenaran untuk menjalankan imbasan otak pada petang tu..setelah memaklumkan semua perkara, mami menjenguk Qhalif seketika..jam 430 petang, Qhalif akan menjalani pemeriksaan..mami kena tunggu luar..

Rakan2 mami sudah mula datang mengunjungi mami..walaupun tidak boleh menjenguk Qhalif,mereka datang memberi sokongan dan mendo'akan kesejahteraan Qhalif..mami berasa beban yang dipkul masa tu agak berkurangan bila ditemani rakan2 yang tidak putus2 memberikan sokongan...

Terima kasih para sahabatku termasuk majikanku Puan Salmiah yang terus datang walaupun penat kerana baru habis bermesyuarat di Jabatan..

No comments:

Post a Comment