20 March 2013

2 FebRuARi 2013

2 Februari 2013


Anakanda yang ditunggu selama 37 minggu...atau lebih tepat 9 bulan 10 hari sebenarnya telah selamat dilahirkan ke dunia...En somi membisikkan 'Qhalif dah kuar la,mami..syukur'...terdengar nada ceria di situ...Daddy memang menunggu sang puteranya untuk di ajak bermain pistol dan juga bola sepak...

Qhalif Putra Mohammad Shaiful dilahirkan secara normal tepat jam 0938am Sabtu 2 Februari 2013 bersamaan 21 Rabiulawal 1434Hijrah..anugerah terindah buat mami dan daddy..

Syukur ya Allah..anak ini telah membuatkan diriku alpa tentang sakit bersalin..yelah,orang cakap bersalin tu pertarungan nyawa...entah mengapa,sukar untuk ku ceritakan atau nyatakan sakit itu setelah melihat Qhalif diletakkan atas perutku...rasanya,sakit dijahit di bahagian 'itu' lebih kuat daripada sakit bersalin..Alhamdulillah...Walaupun banyak rentetan peristiwa yang agak mengecewakan diriku dan suami semasa semua proses kelahiran Qhalif berlaku, biarlah mami kunci dan semat di dalam hati sahaja...tambahan melihat Qhalif yang tenang dalam dakapan sedang menyusu ketika itu,membuatkan kami lupa pada perkara yang lain melainkan kesyukuran pada Maha Pencipta...

Rindu dirimu sayang...