23 March 2013

Cairan Lendir a.k.a Nanah

Cairan / Lendir keluar dari telinga

Pagi Rabu 13 Februari.."mami, cer tengok telinga Qhalif ni.." suamiku menunjukkan ada cairan keluar dari telinga Qhalif selepas dimandikan..mami belek dan daddy bersihkan.."hmm..mungkin sebab kita mandikan dia air ada masuk telinga ni kot.."balasku...dalam hati risau gak..bila dah dibersihkan,cairan tu tak keluar dah..

Tapi menjelang petang,sewaktu nak mandikan Qhalif,cairan tu keluar lagi..bila dibersihkan ada campur warna merah..o oo,darah ke tu..mami dah tak sedap hati..daddy cakap kita tengok esok,kalau ada lagi,kita bawak g klinik..lagipun,nurse yang datang rumah untuk check up tu akan datang esok,so boleh bagitau dorang dan tanya pendapat..

Khamis, 14 Februari, cairan tu dah stop..Alhamdulillah..dalam hati leganya..nurse datang check up dan mami bagitau pasal condition tangan kanan Qhalif..nurse pun check dan dia pelik kenapa masa di hospital takde yang check ke sebab memang tangan Qhalif macam terkulai takut patah..dia assignedkan mami bawa Qhalif ke Klinik Kesihatan dan minta doc tengok lagi..

Mami kol daddy dan kami bawa Qhalif selepas nurse balik..di klinik Kesihatan, doc Hazlin yang baik hati tu cek dan terkejut dan dia minta mami dan daddy terus bawak Qhalif masa tu jugak..dia buat surat untuk kami refer ke Pakar Paed di Hospital..sampai hospital, kami serahkan surat pada nurse..tunggu dekat sejam jugak la kat bahagian Paed tu..akhirnya nurse keluar kat kaunter dan panggil kami..dia minta kami bawa Qhalif buat x - ray kat bhgn x-ray dan datang 2 minggu lagi iaitu 28 februari nnt untuk jumpa pakar semula..2 minggu lagi k..tangan anak terkulai tu..baby plak tu,bukan org dewasa..dah la tak dapat jumpa pakar at least dia tgk dulu ke dan bg pendapat ke,ni suruh kami buat terus x-ray dan balik....ni masalah etika lagi ni..rasanya kalo masalah birokrasi dapat dikurangkan di hospital kerajaan,mungkin esok pun boleh dapat result xray dan minggu depan boleh jumpa pakar tu..masyaAllah berat sungguh dugaan..tapi mami positif, in shaa Allah takde pe..

Berbalik kisah lendir tu,petang tu ada plak..esoknya Jumaat 15 Feb kami bawa sekali lagi ke KK dan doc refer kami ke pakar ENT di hospital..dia pun pelik, tak pernah jadi kes baby dalam hari a.k.a pantang bernanah telinga kecuali dia demam selesema atau batuk yang teruk..tapi Qhalif sihat je..menyusu semua ok..tak meragam dan sangat baik..

Kami pergi ke hospital selepas itu dan diminta datang jam 2.30 petang..selepas menunggu hampir sejam, dapatlah kami berjumpa dengan doktor..siap suruh kami ni gerak cepat sikit sebab dia kena panggil ke ER..(hmm..soal etika lagi..) doc hanya bersihkan dan ambil sikit sampel, beri antibiotik dan  minta kami datang seminggu lagi pada 22 Februari untuk tengok keputusan..tapi doc yg muda sesangat ni ckp sama macam doc di KK cakap,ni rare case untuk baby..dalam hati mami,'kalo dah kes terpencil macam ni,tak boleh ke ambil reaction cepat,sebab ni baby..tapi mami pikir2 balik,sbb dia baby la ssh nak diagnose keadaan dia..tapi at least pihak hospital boleh pantau kan..hhmmm..etika dan birokrasi lagi.'

Mami dan daddy pun balik dengan penuh persoalan di dada..Qhalif masih macam biasa...

Berbalik soal tangan kanan yang terkulai dan tiada respon tu,kami akhirnya bawa Qhalif ke Klinik Pakar Kanak2 Swasta sebab risau..manala tau kot patah ke,kita ni nak mandikan , nak pakaikan baju pun jadi terketar2 risau dan takut..takut akan mencederakan Qhalif..dan dalam masa 30 minit je kami dah dapat keputusan x-ray dan konsultasi dengan doc..Alahmdulillah tiada tulang yang patah dan doc cakap ini mungkin terjadi sewaktu dia nak lahir..mungkin disentap dan ada urat yang trauma..huhu..jadi tiada rawatan boleh diberikna kerana Qhalif masih baby..doc pesan usap perlahan2 sahaja supaya Qhalif boleh react...dan bila besar nanti kalo tiada perubahan,maybe kena terapi..takut lumpuh terus..huhu...walaupun agak gementar namun mami dan daddy hepi sbb takde tulang yang patah..tak la risau sangat masa nak mandi..balik tu dan setiap kali lepas mandi dan balik kerja pasti daddy akan urut perlahan2 dan eksesais terapi tangan dengan Qhalif..seronot je tengok 2 beranak tu hepi hour together2..

Persoalan di sini, kenapala sewaktu Qhalif dalam NICU dulu doc tak tengok perkara ni..tapi macam mami cerita dalam entri dulu..doc hanya akan pantau sebab utama seseorang baby tu diadmit ke situ..contohnya,kalo baby admit atas sebab kuning,dorang akan pantau kuning je..kalo sebab demam, demam je..macam Qhalif dulu,sebab hemmorahge atau selaput darah bawak kulit kepala, jadik doc observed tu je..even mami dah inform pasal tangan pun,doc test dan cakap ok jek..malah tak belek atau teliti pun..namun, mami ucap terima kasih pada doc Hazlin dan nurse yang keja kat KK..memamg baik dan teliti betul2..even dorang risau dan pelik tiada tindakan segera dari doc di pihak hospital..patutnya staff (esp the docs) yang kat hospital tu turun kat KK.belajar untuk berkomunikasi dan berhadapan dengan orang ramai...

Ni semua kerenah birokrasi...mami faham,ini prosedur tapi sebenarnya prosedur ni manusia yang buat dan cipta..manusia jugak boleh ubah..mami juga kerja yang deal dengan manusia..ada perkara yang mami kena skip bila melibatkan kecemasan dan urgent...duhai hati,bersabarlah kamu...ini semua ujian Allah..

After few days, akhirnya tangan Qhalif ada respon dah..Alhamdulillah..syukur padaMu Tuhan..tapi telinga Qhalif masih keluar lendir cuma dah berkurang..lega sikit hati mami dan daddy..namun, kami masih teruskan dengan anitibiotik yang diperskripsikan...harap2 akan stop lepas ni..


1 comment:

  1. Allahuakbar. X sampai ati nk bc. Apa apa pun semoga tabah ye

    ReplyDelete