23 March 2013

Tanda - Tanda Akhir

Hari demi hari,mami dan daddy lalui dengan penuh kegembiraan bersama Qhalif..Qhalif anak pertama dan sejak dari dalam kandungan lagi sangat baik sebab mami tidak mengalami apa2 masalah langsung termasuk alahan kecuali mami kena GDM..tu pun sebab faktor umur dan pemakanan mami..yela masa cuti sek tu dok rumah je mami asyik makan cokelat je dan sweet things...alhamdulillah selepas buat BSP, keadaan kembali normal dan mami kena diet control...

Anak yang baik ini sentiasa menghiburkan mami dan daddy dengan renungannya yang seolah2 faham apa yang diperkatakan mami dan daddy..Malah amat bijak bila namanya disebut dia akan memalingkan kepala mengikut arah dia mendengar namanya dipanggil..Qhalif Putra...
Renungan Qhalif


20 Februari, pernafasan Qhalif agak berbeza petang tu,macam orang susah sangat nak bernafas..malah perutnya agak membusung sedangkan hari2 sebelum tu tidak kelihatan seperti itu..mami kembali risau..malam tu Qhalif tidak tidur..dia tidak menangis kecuali bila punggungnya basah..daddy lah yang akan bangun untuk tukar lampin dan basuh poo Qhalif..mami dan dady pun bergilir2 tidur sebab Qhalif tidak tidur,dia hanya pejam mata sekejap dan terjaga..malah susu pun dia tak nak minum.dia biar mengalir di luar mulut..tangisannya pun tidak keluar seolah2 suaranya tersekat di kerongkong..dan nanah kembali ada setelah 2 hr stop...'nape ni nak..anak sakit ye?..'

21 Februari pagi2 mami dan daddy bawa Qhalif ke KK lagi..jumpa lagi doc Hazlin yang comel dan baik hati tu..dia cek Qhalif dan terkejut tengok Qhalif..dia cakap hr jumaat lepas perut Qhalif ok lagi tapi ni dah bengkak..dia cakap Qhalif ni sakit dan ada something wrong..dia urge kami segera ke hospital masa tu jugak setelah dia siapkan surat rujukan..

Kami ke ER..Qhalif begitu tenang tidur dalam dakapan mami..mami berdoa dan berzikir lagi..takde apa ni..sampai ER, mami minta daddy yang bawa Qhalif ke dalam sebab mami trauma dan tak sampai hati dengar Qhalif menjerit tangis kalo kena ambil darah lagi..selepas sejam mami menunggu di luar,daddy keluar dan ajak mami gerak ke NICu..Qhalif akan masuk hostel lagi..Daddy bagitau Qhalif diberi oksigen..dia kurang oksigen sebab tu dia macam susah nak bernafas...lega sekali lagi hati mami...
Bekalan Oksigen



3 comments:

  1. Bersabarlah duhai ibu...Dugaan mu terlalu berat..Pasti ada hikmah tersembunyi di sebalik kehilangan ini...Semoga digantikan sesuatu yang lebih baik...Baby Qhalif menantimu di pintu syurga..Redha dengan kehilangan ini..

    ReplyDelete
  2. sy juga seorang ibu..amat mengerti perasaan mu wahai mami..
    bersabarlah..

    ReplyDelete
  3. kuat sungguh hati akk menerima dgaan dari Allah ini..

    ReplyDelete