21 March 2013

RiNdU BeRtAnDaNg LaGi...

Hmm..mami sebenarnya baru nak biasakan diri berblogging ni(alamak,cikgu BM tp bahasa..ya ampunnn..)..dah lama nk buat blog(tiba2 teringat cool blog plak dah...) tp sbb sibuk dengan hal sekolah dan tahap 'M' yang sangat tinggi,maka paham2 je la...

Akhirnya, mami menulis a.k.a blogging kerana dirimu sayang, Qhalif Putra...mami menulis kerana mami mahu memori dan kenangan bersama Qhalif diabadikan dan dicoretkan(nak tulis diari mami malas)...sehingga suatu hr nnt bila mami tak mampu nak bercerita tentang dirimu nak, maka biarlah blog ini berbicara untuk menyuarakan kembali segalanya...

Setiap detik, saat, jam yang berlalu, mami sentiasa meRINDUimu nak...malah,ketika tidur pun mami mahu mengingatimu nak...Setiap kali usai solat, mami menyampaikan sepenuh pengharapan kepada Allah tempat kita berserah dan sebaik2 tempat memohon pertolongan agar rohmu sentiasa tenang di sana..ameen

Nannti kita sambung lagi dalam next entry ye....

Semoga kita bertemu di sana nannti..tunggu mami dan daddy ye..in shaa Allah