Beberapa minit selepas dilahirkan, doktor memaklumkan sayang terpaksa ditempatkan di
NICU kerana terdapat selaput darah di bawah kulit kepala atau hemmorhage..Penjelasan doktor bahawa
keadaan itu tidak membahahayakan nyawa, bersyukur mami kerana ia melegakan sedikit kegalauan hati. Namun,mami berpeluang menyusukan sayang selama sejam setelah sayang diazankan dan dibersihkan..bestnye perasaan itu dapat menatang sayang masa tu..Mami sentiasa melawat sayang di NICU bila tiba waktu melawat namun tidak
dibenarkan memelukmu atau menyusukanmu untuk 3 hari pertama.
Air
mata mami tak dapat disekat bila melihat Qhalif dalam inkubator, diam kaku kerana wayar
yang doktor masukkan ke mulut & hidung..Hati mami sayu melihat Qhalif berusaha untuk
pulih..Mami pesan pada Qhalif, kuatkan semangat ye Qhalif..Mengertilah Qhalif mami mahu melihat Qhalif cepat sihat..Melihat buah hati mami, mami
bersyukur inilah anugerah Allah buat mami..
Pada hari ke3, bersyukurnya dan gembiranya mami kepada Allah,
dengan khabar dari doktor yang menyatakan Qhalif stabil..Melihat
pergerakan sayang lebih aktif, mami mampu tersenyum. Mami melihat setiap inci
tubuh kecil Qhalif...Subhanallah, cantik dan sempurnanya anugerah Allah
ini pada mami.
Ikut hati mami dan daddy, nak je kitorang memeluk dan mencium Qhalif. Apakan daya kami, keadaan Qhalif tidak mengizinkan..Mami dan daddy hanya mampu melihat jururawat yang menguruskan Qhalif..Bertambah perit melihat kesan dan bekas tusukan jarum pada kedua dua belah tangan dan tapak kaki sehingga lebam..Air mata mami tumpah lagi..
Hari ke4, khabar gembira daripada doktor bahawa selaput darah sudah hilang namun Qhalif perlu dipantau lagi kerana terdapat sedikit kuning namun tidak kritikal...Mami gembira diberi peluang untuk memeluk Qhalif. Namun yang paling penting, mami dapat menyusukan Qhalif dengan susu badan.. Sebelum mami balik, mami peluk cium Qhalif..hati sayu melihat anak mami tenang, tapi kali ini mami tidak menangis seperti hari sebelumnya..
Daddy pun happy sangat sebab dapat peluk dan cium Qhalif .macam tak percaya,anak yang selama ini asyik menendang perut dan beri respons bila dipanggil 'Qhalif',kini dah berada diribaan..
Allah..Bahagianya perasaan ini...Syukur ke hadratMu...
Hari ke5, mami dan daddy membawa harapan dan berdo'a supaya Qhalif dapat discaj hari ini..Akhirnya,doa’a mami dimakbulkan Allah petang
itu..Doc yang merawat Qhalif memberitahu,jika Qhalif boleh menyusu dengan
baik, dia benarkan Qhalif ikut mami dan daddy balik ke rumah
kita..Alhamdulillah, Qhalif anak yang mendengar
kata...Tidak dapat dibayangkan betapa gembiranya hati mami ketika itu...
Petang 6 Februari, akhirnya Qhalif home sweet home....
Singgah di sini dari blog BA..
ReplyDeletetersentuh rasa hati saya bila baca blog kak farah waheda.. terus saya ke sini untuk membaca kisah ank kecil ini.. :(
ReplyDelete