08 April 2013

44 Hari Berlalu..

Semalam sudah 44 hari berlalu...

Macam baru semalam je mami rasa Qhalif pergi...mami rasa macam bermimpi lagi...

22 Feb...
Jam 1130 malam..menerima panggilan dari pihak hospital meminta mami dan daddy segera ke hospital tatkala mami mmg berasa tidak sedap hati malam tu..
Mami terus kejutkan daddy yg sudah lena..Kami bingkas ke hospital malam itu menggunakan kereta kawan daddy yang dipinjam buat sementara waktu..Di dalam hati berdo'a semuanya ok...

Sampai di NICU..mami meminta daddy segera dulu ke dalam kerana langkah kaki mami terasa berat..ketika mami menolak pintu NICU mami nampak kelibat Dr Lydia dari kejauhan sedang mengatakan sesuatu kepada daddy sambil menggeleng2kan kepala..Ya Allah..inikah dugaanMu

Sampai di bilik yang menempatkan Qhalif,Dr Lydia menyalami mami dan meminta maaf..semua mesin yang menunjukkan bacaan Qhalif telah dropped pada jam 1130, mereka cuba untuk menyelamatkannya Qhalif tapi Allah lebih menyayanginya..

Mami hampir terjelepuk tapi mami kuatkan langkah kaki demi melihat wajah Qhalif..Tenang sungguh anak itu..mami terus mendapatkanmu nak...air mata mami tumpah...daddy juga menangis sambil memeluk mami...berat sungguh dugaanMu Ya Allah...

Qhalif...
Kau hadir membawa sinar kebahagiaan..
Kau pergi membawa pengalaman...
Kebahagiaan dan pengalaman paling indah buat mami dan daddy..
Bersemadilah dirimu dengan tenang
Sesungguhnya...mami redho..
Mami yakin dirimu pasti akan menggenggam tangan mami..
bila tiba masanya nanti...



7 comments:

  1. Ya اَللّهُ Ya rabbi, Engkau kuatkan lah hati dan iman mami semoga masih ada sinar kebahagiaan buat mami..satu kehilangan itu pasti اَللّهُ takdirkan dgn satu lagi kehadiran rezeki buatmu..tabah ya~

    ReplyDelete
  2. Semoga bertabah ye anne. Insya-Allah dia akan menunggu mami dan daddynya di pintu Syurga. Mudah-mudahan ada rezeki yg lebih baik menanti both of you. Amin

    ReplyDelete
  3. terus tabah menghadapi dugaan dari ALLAH ini...
    setiap orang lain ujiannya..
    sesungguhnya allah telah memilih mummy dan daddy Qhalif untuk diuji sebegini...
    kerana DIA tahu mummy dan daddy mampu untuk menghadapi dugaan...

    MUMMY dan DADDY...
    pasti QHALIF akan menunggu mummy dan daddy di pintu syurga..
    menjadi peneman mummy dan daddy disana nanti..
    walaupun qhalif dipinjamkan seketika namun kasih sayang qhalif pada mummy dan daddy sampai bila2...

    al-fatihah buat bidadara syurga...
    doakan kebahagian mummy dan daddy disini..

    ReplyDelete
  4. moga Akak dan suami terus tabah hadapi dugaan dari-Nya, Allah tahu akk dan suami kuat sbb tu Allah duga sebegini... Ada hikmah dan Allah tahu apa yg terbaik utk kita... Perancangan Allah adalah yg terbaik.. al-Fatihah buat arwah Qhaliff... insha-Allah dia menunggu mummy dan daddy nya di syurga sana.. ameen...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.. menitis airmata saya baca kisah qhalif.. sesungguhnya dia adalah permata hati yang sangat besar anugerahnya pada akak.. sesungguhnya dia akk menunggu akk dipintu syurga.. kuatkan hati akk ye..

    ReplyDelete
  6. Tak tau cerita. Apa apa pun semoga tabah ye. Moga bb qalif tenang di sn.

    ReplyDelete
  7. semoga tabah ya....mungkin ujian dari Allah...

    ReplyDelete