10 July 2013

Allah Ambil Sedikit Untuk DiberikanNya Lagi Banyak

Segala apa yang berlaku ada hikmah dan rahsia yang tersembunyi...

Allah mendatangkan pelangi yang indah selepas hujan panas berlalu pergi..

Qhalif..
Kini mami dan daddy sedang menikmati manisnya kesabaran atas ujian yang Allah turunkan nak..
Mami sedang membawa benih cinta dan kasih sayang...
Alhamdulillah..berkat do'a teman2,rakan2 dan saudara mara,mami kini hamil adikmu nak..
In shaa Allah,mami akan jaga dan peliharanya sebaik mami menatangmu dulu nak..

Semoga semuanya berjalan lancar dan di dalam pemeliharaan Allah..

Namun,Qhalif..mami tetap merinduimu...tanpa jemu..

15 May 2013

Catatan Rindu dan Kasih Daripada Daddy buat Qhalif


14/5/2013 5.00pm daddy mencari kekuatan  menekan keybord untuk mengimbau kenangan bersamamu Qhalif Putra.Walaupun seketika tetapi saat itu cukup membahagiakan.

Qhalif Putra Mohammad Shaiful dilahirkan secara normal tepat jam 0938am Sabtu 2 Februari 2013 bersamaan 21 Rabiulawal 1434Hijrah..anugerah terindah buat daddy dan mami

Betapa saat itu tak tergambar kegembiran di hati dady melihat kelahiran Qhalif Putra  kedunia ini. Terima kasih mami  menjaga Qhalif Putra di dalam kandungan selama 37 minggu @ lebih tepat 9 bulan 10 hari.Terima kasih sekali lagi kerana melahirkan Qhalif Putra  ke dunia ini.Daddy dapat rasakan betapa sukarnya saat itu buat mami.

'Qhalif dah kuar la,mami..syukur'...ooooooo tergamam dady apabila Qhalif Putra  di perlakukan sebegitu diletakkan di atas perut mami dengan cara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang doktor/nurse. Rasa amarah daddy pendamkan sahaja dan berdoa agar Qhalif Putra  selamat. Seorang nurse datang lalu mengambil Qhalif Putra  untuk dibersihkan.Daddy diminta menunggu diluar sementara mami masih lagi berada di dalam bilik bersalin.

Di luar  daddy berjalan kehulu kehilir sambil berdoa agar mami dan Qhalif Putra selamat.Uncle Asri ada temankan daddy. Sedang rancak daddy berbual dengan uncle Asri tiba2 nurse panggil daddy.Seorang doktor datang menghampiri daddy memberitahu keadaan Qhalif Putra . Terdapat darah beku di bawah kulit kepala Qhalif Putra .Dalam hati daddy berdoa agar Qhalif Putra  selamat hendaknya.Kemudian doktor  memberitahu supaya daddy tak perlu risau mungkin bukan darah beku tetapi darah yang terkumpul semasa proses kelahiran Qhalif Putra dan tak  berapa serius. Syukur Alhamdulillah..

Dari jauh daddy melihat seorang nurse menolak troli menghampiri daddy dan doktor.Sampai saja disisi daddy, nurse memberitahu  Nie anak encik,encik boleh azan.Tanpa membuang masa doktor meminta diri dan nurse terus menolak troli ke ruangan yang ditutupi tirai.Daddy datang dan nurse membiarkan sahaja daddy n Qhalif Putra bersama-sama.
Betapa saat ini tak tergambar betapa gembiranya daddy bila bersama2 dengan anakanda Qhalif Putra.Anak dady mestilah secomel daddy nya.Dengan perlahan dady membelai Qhalif Putra. Wanginya anak dady nie comelnya dia.Sambil mengusap kepala Qhalif Putra daddy terlihat  kesan darah beku yang dikatakan doktor tadi.eeeeerrrmmm tak apa2 nie kata daddy dalam hati.Anak dady mestilah sekuat daddy, yer nak

Dengan perlahan daddy mengangkat Qhalif Putra lalu membisikkan  dua kalimah syahadah


AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH

DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH

Qhalif Putra Mohammad Shaiful, ingat  nak,inilah perjanjian diantara kita dengan Pencipta kita ALLAH SWT.Kemudian dady melaungkan azan dan iqamah di telinga Qhalif Putra. Uiks,lenanya Qhalif Putra dalam dakapan daddy.  Bangun nak,daddy nak bagi tahu sesuatuPandainya anak daddy,dengan perlahan Qhalif Putra membuka mata,Comelnya dia, daddy tersenyum.Dengan Perlahan daddy melafazkan zikir Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu Akbar.’ Ini lah yang daddy nak bagitahu Qhalif Putra.Zikir yang perlu kita amalkan sepanjang masa.Tiba2 tirai  diselak ,nurse rupanya, Encik,saya nak bawa baby berjumpa ibunya untuk menyusuok, Qhalif Putra g jumpa mami dulu nanti daddy datang.

YA ALLAH berikan lah kekuatan kepada hambaMU ini
QHALIF PUTRA MOHAMMAD SHAIFUL walaupun hanya seketika tetapi ianya cukup bermakna buat daddy
AL-FATIHAH    

02 May 2013

3 Bulan

Mami kembali menulis..kerana kesibukan memulakan tugas sebulan yang lalu menyebabkan mami kurang menulis..namun...hati mami sentiasa merinduimu nak...

Seolah2 macam baru semalam semua ni berlaku...3 bulan yang lalu,mami melahirkanmu ke dunia ini..dipinjamkan buat sementara..

Mami tidak pernah jemu menjadi tamu setia di daerah yang sunyi itu..

Moga kita akan ketemu suatu hari nanti ye nak..in shaa Allah..moga rindu ini akan bertaut dan bercantum menjadi kurniaan yg hanya Allah sahaja lebih tahu...

08 April 2013

44 Hari Berlalu..

Semalam sudah 44 hari berlalu...

Macam baru semalam je mami rasa Qhalif pergi...mami rasa macam bermimpi lagi...

22 Feb...
Jam 1130 malam..menerima panggilan dari pihak hospital meminta mami dan daddy segera ke hospital tatkala mami mmg berasa tidak sedap hati malam tu..
Mami terus kejutkan daddy yg sudah lena..Kami bingkas ke hospital malam itu menggunakan kereta kawan daddy yang dipinjam buat sementara waktu..Di dalam hati berdo'a semuanya ok...

Sampai di NICU..mami meminta daddy segera dulu ke dalam kerana langkah kaki mami terasa berat..ketika mami menolak pintu NICU mami nampak kelibat Dr Lydia dari kejauhan sedang mengatakan sesuatu kepada daddy sambil menggeleng2kan kepala..Ya Allah..inikah dugaanMu

Sampai di bilik yang menempatkan Qhalif,Dr Lydia menyalami mami dan meminta maaf..semua mesin yang menunjukkan bacaan Qhalif telah dropped pada jam 1130, mereka cuba untuk menyelamatkannya Qhalif tapi Allah lebih menyayanginya..

Mami hampir terjelepuk tapi mami kuatkan langkah kaki demi melihat wajah Qhalif..Tenang sungguh anak itu..mami terus mendapatkanmu nak...air mata mami tumpah...daddy juga menangis sambil memeluk mami...berat sungguh dugaanMu Ya Allah...

Qhalif...
Kau hadir membawa sinar kebahagiaan..
Kau pergi membawa pengalaman...
Kebahagiaan dan pengalaman paling indah buat mami dan daddy..
Bersemadilah dirimu dengan tenang
Sesungguhnya...mami redho..
Mami yakin dirimu pasti akan menggenggam tangan mami..
bila tiba masanya nanti...



28 March 2013

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Mami dan daddy menghabiskan masa bersama Qhalif pada waktu melawat...Tiada apa yang mami boleh buat melainkan tidak putus2 memanjatkan do'a agar semua ini hanyalah sementara..Nurse dan doc terus memantau dan sentiasa bersama Qhalif..

Setelah habis waktu melawat pukul 2, mami daddy pulang untuk makan dan daddy perlu solat..semasa otw pulang, pihak hospital telefon meminta mami dan daddy datang segera..hati mami bergelora semula..daddy terus membuat u-turn dan segera ke hospital..

Ditakdirkan Allah, sewaktu hujan mulai turun, mami dan dady terlibat dalam kemalangan sewaktu susur keluar ke Lebuh Sentosa menuju Jambatan Seri Saujana..kereta daddy telah melanggar sebuah kereta yang berhenti di susur keluar tersebut..menyirap darah mami,mujur mami dan dady tidak cedera cuma bimbangkan keadaan mami yang masih di dalam berpantang..Aduhai, berat sungguh dugaanMu Tuhan... 

Setelah diselesaikan secara baik dalam tempoh 10 minit, mami daddy meneruskan perjalanan ke hospital dengan perlahan dalam keadaan kereta yang kemek..akhirnya sampai juga dan mami melupakan semua kesakitan dan terus ke NICU..daddy terus ke Balai Polis berdekatan untuk melaporkan kemalangan tadi..


Doc menerangkan mereka memerlukan tandatangan kebenaran untuk menjalankan imbasan otak pada petang tu..setelah memaklumkan semua perkara, mami menjenguk Qhalif seketika..jam 430 petang, Qhalif akan menjalani pemeriksaan..mami kena tunggu luar..

Rakan2 mami sudah mula datang mengunjungi mami..walaupun tidak boleh menjenguk Qhalif,mereka datang memberi sokongan dan mendo'akan kesejahteraan Qhalif..mami berasa beban yang dipkul masa tu agak berkurangan bila ditemani rakan2 yang tidak putus2 memberikan sokongan...

Terima kasih para sahabatku termasuk majikanku Puan Salmiah yang terus datang walaupun penat kerana baru habis bermesyuarat di Jabatan..

NICU again..

NICU again...

21 Februari..setelah Qhalif menerima oksigen, Qhalif kena msuk NICU..
Nurse minta mami dan daddy tunggu di kaunter sementara doc pakar observes keadaan Qhalif..sejam menunggu nurse panggil sbb doc nak jumpa..baru je doc nak buka mulut,tiba2 jantung Qhalif drop..doc minta mami daddy ke depan dahulu..masa tu hati mami dah berdebar2...berdo'a agar semuanya baik2 belaka...

Setelah hampir sejam menunggu doc datang berjumpa mami dan daddy..tengok air muka doc dari jauh, ada sesuatu yang tidak enak bakal mami dan daddy terima...

Mami dan daddy diuji lagi...dengan nada tenang doc memaklumkan Qhalif sebenarnya dalam keadaan yang sangat tenat dan kritikal..Masya Allah..mami rasa macam nak meraung tapi mami tahankan perasaan cuma air mata yang mengalir terdiam mami tidak terkata apa2..doc menerangkan keadaan Qhalif dan cuba buat yang terbaik..dan yang buat mami dan daddy ralat,doc memaklumkan ini sebenarnya ada kaitan dengan telinga Qhalif yang keluar cecair tu...

(Dalam sistem data,rupa2nya sudah dikesan ada sejenis virus yang sangat berbahaya yang boleh membunuh jika sudah menyerang otak..keputusan ENT sudah dapat setelah sampel diambil 15 Februari lalu tapi kenapa kena tunggu tarikh apointment jugak baru nak bagitau?tu yang mami kesal sangat...)

Mami dan daddy terus dibawa berjumpa Qhalif..luluh hati mami melihat begitu banyak wayar yang berselirat pada tubuh Qhalif...mami menangis pada waktu tu juga..mami dan daddy tidak dibenarkan memeluk Qhalif..bimbang jangkitan akan memburukkan keadaan..

Mami hanya mampu berdo'a agar Allah mmberikan kesembuhan pada Qhalif..memang mami dalam keadaan terkejut sebab mami ingat Qhalif sakit biasa saja..tidak sangka mami diduga sebegini hebat...Allahuakbar

23 March 2013

Tanda - Tanda Akhir

Hari demi hari,mami dan daddy lalui dengan penuh kegembiraan bersama Qhalif..Qhalif anak pertama dan sejak dari dalam kandungan lagi sangat baik sebab mami tidak mengalami apa2 masalah langsung termasuk alahan kecuali mami kena GDM..tu pun sebab faktor umur dan pemakanan mami..yela masa cuti sek tu dok rumah je mami asyik makan cokelat je dan sweet things...alhamdulillah selepas buat BSP, keadaan kembali normal dan mami kena diet control...

Anak yang baik ini sentiasa menghiburkan mami dan daddy dengan renungannya yang seolah2 faham apa yang diperkatakan mami dan daddy..Malah amat bijak bila namanya disebut dia akan memalingkan kepala mengikut arah dia mendengar namanya dipanggil..Qhalif Putra...
Renungan Qhalif


20 Februari, pernafasan Qhalif agak berbeza petang tu,macam orang susah sangat nak bernafas..malah perutnya agak membusung sedangkan hari2 sebelum tu tidak kelihatan seperti itu..mami kembali risau..malam tu Qhalif tidak tidur..dia tidak menangis kecuali bila punggungnya basah..daddy lah yang akan bangun untuk tukar lampin dan basuh poo Qhalif..mami dan dady pun bergilir2 tidur sebab Qhalif tidak tidur,dia hanya pejam mata sekejap dan terjaga..malah susu pun dia tak nak minum.dia biar mengalir di luar mulut..tangisannya pun tidak keluar seolah2 suaranya tersekat di kerongkong..dan nanah kembali ada setelah 2 hr stop...'nape ni nak..anak sakit ye?..'

21 Februari pagi2 mami dan daddy bawa Qhalif ke KK lagi..jumpa lagi doc Hazlin yang comel dan baik hati tu..dia cek Qhalif dan terkejut tengok Qhalif..dia cakap hr jumaat lepas perut Qhalif ok lagi tapi ni dah bengkak..dia cakap Qhalif ni sakit dan ada something wrong..dia urge kami segera ke hospital masa tu jugak setelah dia siapkan surat rujukan..

Kami ke ER..Qhalif begitu tenang tidur dalam dakapan mami..mami berdoa dan berzikir lagi..takde apa ni..sampai ER, mami minta daddy yang bawa Qhalif ke dalam sebab mami trauma dan tak sampai hati dengar Qhalif menjerit tangis kalo kena ambil darah lagi..selepas sejam mami menunggu di luar,daddy keluar dan ajak mami gerak ke NICu..Qhalif akan masuk hostel lagi..Daddy bagitau Qhalif diberi oksigen..dia kurang oksigen sebab tu dia macam susah nak bernafas...lega sekali lagi hati mami...
Bekalan Oksigen